Alhamdulillah...akhirnya saya berkesempatan menulis (menaip sebenarnya) di celah celah kesibukan kerja harian..penuhnya jadual harian Dekan, bermakna penuh jugak la jadual Pembantu Khas dia..dengan seminar/bengkel dan mesyuarat tak habis habis..
semua orang berkejar nak buat semua program sebelum semester baru bermula..(14/12/09)..jadi banyak sangat aktiviti yang 'clash'.
hmm lepas naik cuti bersalin nie rasa macam porak peranda sikit..kesibukan menguruskan sekolah si abang, tengahari menjengah si kecik..lepas tu menghantar pulak si abang dan kakak ke kelas Fardhu Ain membuatkan kaki macam nak tercabut..mujur tak de skru..kalau tak dah tercabut skru skru tu agaknya..

sebenarnya motif utama saya menaip hari ini ialah untuk berkongsi sedikit cerita kelahiran bayi ke-4 saya yang cukup istimewa..MUHAMMAD LUQMAN HAKIM..yang sepatutnya dijangka lahir pada 4 Oktober 2009...tetapi lahir pada 15 Ogos 2009. Pada malam rabu 12/8, sebenarnya dah terasa pelik kerana ada cecair keluar sebaik saya terbatuk atau terbersin. mulanya saya sangkakan ini perkara biasa jadi saya buat selamba kerana keesokan hari saya terpaksa mengendalikan urusan kursus staf akademik ke Melaka. Kesemua staf pejabat saya sudah ke melaka pada hari Rabu lagi..cuma tinggal saya di pejabat kerana boss kesiankan saya yang sudah sarat.
Pada Jumaat malam, suami mengajak ke Tapak Pesta Konvokesyen..bawa anak berjalan-jalan...kepenatan malam tu membuatkan tidur saya begitu nyenyak. deringan telefon jam 2 pagi dari kakak yang ingin meminjam kereta kerana keretanya rosak di pandu oleh adik bungsu membuatkan saya terjaga. Dan selepas itu saya kerap bangun kerana 'ada sesuatu' mengalir tak berhenti-henti.
Keesokan pagi, sepatutnya saya bertugas di Konvokesyen UTM yang Ke-43..tapi disebabkan ketidakselesaan yg dialami, saya mengajak suami ke Klinik Perbidanan Perdana dahulu, tempat yang telah dibooking oleh suami untuk keselesaan saya bersalin. Tapi Doktor kata mereka tidak menerima kelahiran pramatang. Saya seakan mahu menangis mengenangkan bahawa saya akan bersalin. Pelbagai kelengkapan masih belum dibeli kerana masih ada 2 bulan lagi tarikh saya dijangka bersalin. Lagipun momokan dari orang yang terdahulu mengatakan kalau baby 7 bulan boleh survive, 8 bulan selalunya tak akan survive. Usia kandungan saya pula baru 32 minggu, iaitu baru masuk 8 bulan.
Sebaik sahaja Dr. melakukan pemeriksaan, memang sah, berlaku kebocoran air ketuban berdekatan jantung saya. tanpa berlengah, Dr. memberi suntikan mematangkan paru-paru baby kerana kemungkinan saya akan bersalin awal. Dr. tersebut juga mengarahkan saya ke Hospital Sultanah Aminah secepat mungkin. Selepas disuntik (yang sakitnya tak terkata), saya dan suami menghantar anak ke rumah baby sitter..
Masuk ke HSA membuatkan jantung saya berdegup kencang..sewaktu di bilik saringan juga tekanan darah saya naik. Kata-kata doktor bahawa bayi pramatang akan mengalami pelbagai kesukaran membuatkan saya terlalu sedih. Bimbangkan masa depan si bayi..sempurna kah dia...cacat kah dia..cukup tak anggota..doktor pula mengingatkan bahawa saya perlu menahan sakit sehingga malam untuk diberi suntikan kali ke-2 untuk mematangkan paru-paru baby.
Masuk je wad, contraction mula berlaku. sakitnya..hanya Allah yang tahu..tapi saya terpaksa tahan mengenangkan paru-paru baby yg masih belum matang, saya perlu menerima satu lagi suntikan. Tak sempat menerima suntikan ke-2, kesakitan yang saya alami serasa tidak tertanggung lagi. rupa-rupanya 'jalan bukaan pintu rahim' sudah buka sepenuhnya..jururawat bergegas menghantar saya ke Labor room..sebaik mencecah katil di Labor room, saya meneran sekuat hati dan sekali teran, jam 6.07 petang, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.85 kg.
malangnya saya tidak dapat mengucup baby tersebut kerana sebaik dilahirkan, dia dimasukkan ke dalam inkubator untuk di hantar ke wad penjagaan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment