sebaik melahirkan Muhammad Luqman Hakim bermulalah episod 'dalam pantang' saya. kalau kelahiran anak pertama hingga ke 3 saya asyik
berjaga malam. namun kali ini saya agak 'berehat' kerana Luqman dimasukkan ke dalam wad. Setiap hari saya harus menjengah ke hospital untuk melihat si kecil tu...memerhati wayar wayar yang berselirat, melihat tiub-tiub dan pelbagai saluran keluar dan masuk melalui mulut dan hidungnya dan membelai tubuh kecilnya dengan minyak bayi..kerana menurut nurse di situ, kulit bayi yang duduk di bawah 'warmer' akan cepat kekeringan dan mengelupas..untuk mengelakkan itu terjadi, setiap hari losyen dan minyak bayi perlu disapu..

waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya ke atas rahmatNYA. walaupun dilahirkan sedikit kecil berbanding abang dan kakaknya, namun Luqman tidak mengalami sebarang kecacatan sebagaimana kebanyakan bayi yang berada di dalam wad tersebut. ada yang tak cukup jari, ada yang berkepala besar dan bekas pembedahan kelihatan memerah di kepala botak bayi tersebut. ada yang bermasalah ketumbuhan yang besar di perut..ada juga yang tidak mampu bernafas sendiri.... saya menangis setiap kali melihat tangannya tersentak setiap kali terperanjat, tangisannya yang tidak berbunyi kerana wayar yg dimasukkan melalui anak tekaknya tidak memungkinkan suara keluar...waktu itu, hanya Tuhan yang tahu betapa saya ingin memeluk dan memberitahu bahawa saya terlalu sayangkan dia..dan dia kena kuat untuk terus hidup.
.jpg)
Alhamdulillah, selepas 13 hari di dalam wad, pihak hospital menelefon suami memaklumkan bahawa buah hati kami sudah boleh pulang ke rumah. Pada tika itu, pelbagai perasaan muncul serentak. Gembira dan tak sabar untuk memeluknya, takut, risau/bimbang/gementar memegangnya kerana dia terlalu kecil. namun suami meyakinkan bahawa saya boleh memeliharanya sebagaimana anak2 kami terdahulu.
Ketika itu bermulalah episod berjaga malam saya..kerana luqman premature, kuning yang dialami lmbt hilang dan saya pada tika itu tidak boleh makan sebarang ubat jamu. hasilnya saya diserang angin satu badan. Puas jugak la pegi berurut...dan masa tu lah saya baru tau yang orang dalam pantang memang tak boleh makan pulut.
No comments:
Post a Comment