Pagi-pagi lagi bangun ada kejutan..
"nah yang, hubby hulur kotak ..kotak tu tulis Nokia N97..
isinyer ntah...
sekali bukak betulla..tepon baru..
ish ish ish..mimpi apakah suamiku semalam nie...
ker buat baik ada makna nie..ha ha..tak baik betul aku nie..orang da bagi ambik jerk la..jgn banyak soal blh tak..
ini siap tanya.."papa tak rasa membazir ke Pa..tak sayang duit ke pa.."..kena sumbat mulut tu dengan HP baru tau..he he..
anyway..tima kasih PAPA..sayang kat papa...tapi kalo tak kasi tepon pon sayang jugak..hu hu
*Permata Hati*
Merupakan Insan biasa yang punya Hati dan Perasaan..Kenkadang Percaturan Hidup ini membuatkan diri memberontak dalam diam...tapi sebagai HambaNYA..kita kena akur pada takdir..Allah tak uji hamba yang tak berdaya....
Tuesday, February 23, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Perubahan!!

Sebagai muslimah, serasa ingin mengubah diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya..ya..perubahan ke arah kebaikan..serasa ingin menjadi hambaNYA yang lebih taat, lebih tawadduk, lebih dan lebih lagi...semoga diri ini dikurniakan kekuatan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran di hari mendatang..(maklumlah bukan mudah nak buat kebaikan kerana syaitan itu tidak pernah jemu menggoda manusia utk lalai kepada suruhan penciptaNYA).
Monday, December 28, 2009
Transfer!!!
Hamimah Nozari tengah tension. Tak pasal pasal diarahkan bertukar tanpa alasan dan sebab musabab. Kepentingan organisasi dan kemajuan kerjaya konon! Ayat yang tak pernah berubah dari kurun tok moyang dulu dulu..mentang mentang bos pegi umrah....tak per..tak per..korang memang dengki kat aku sebab opis aku best sangat kan….nanti sapa yang tukarkan aku tak pasal pasal tu..Allah tukar kan dia terus dari alam nyata ke alam kubur baru tau….
Monday, November 23, 2009
Penantian...Seribu Satu Penyeksaan
.jpg)
Tanggal 23 November 2009...tarikh yang telah diberi oleh pihak hospital untuk kami bawa Luqman berjumpa pakar kanak-kanak. Pagi-pagi lagi kami suami isteri dah muncul di HSA..no. di skrin tertera No.5. dan no yang saya dapat ialah 20...mak aaiii, lama lagi tu...dan dari jam 9.00 pg hinggalah ke pukul 12.00 tgh..maka tibalah giliran kami..setelah doktor bertanyakan beberapa soalan spt: dia pernah sesak nafas tak..pernah demam tak..berat dia berapa sekarang ..ayat terakhir doktor tu..kita jumpa 3 bulan lagi ye...hhmmmm..kami menunggu dan mengharung jem semata-mata untuk mendengar ayat itu...ish ish ish..ingatkan ada pemeriksaan menyeluruh ke, check mata ke..jantung ke..paru-paru ke..apa ke..terbazir je cuti satu hari begitu aje..
Tak apa la Luqman...demi Luqman, mama kena sabar...dan semoga Luqman trus membesar sebagai Johan ye nak..Mama Sayang Luqman!
Wednesday, November 18, 2009
Bermulalah episod 'DALAM PANTANG'
sebaik melahirkan Muhammad Luqman Hakim bermulalah episod 'dalam pantang' saya. kalau kelahiran anak pertama hingga ke 3 saya asyik
berjaga malam. namun kali ini saya agak 'berehat' kerana Luqman dimasukkan ke dalam wad. Setiap hari saya harus menjengah ke hospital untuk melihat si kecil tu...memerhati wayar wayar yang berselirat, melihat tiub-tiub dan pelbagai saluran keluar dan masuk melalui mulut dan hidungnya dan membelai tubuh kecilnya dengan minyak bayi..kerana menurut nurse di situ, kulit bayi yang duduk di bawah 'warmer' akan cepat kekeringan dan mengelupas..untuk mengelakkan itu terjadi, setiap hari losyen dan minyak bayi perlu disapu..
berjaga malam. namun kali ini saya agak 'berehat' kerana Luqman dimasukkan ke dalam wad. Setiap hari saya harus menjengah ke hospital untuk melihat si kecil tu...memerhati wayar wayar yang berselirat, melihat tiub-tiub dan pelbagai saluran keluar dan masuk melalui mulut dan hidungnya dan membelai tubuh kecilnya dengan minyak bayi..kerana menurut nurse di situ, kulit bayi yang duduk di bawah 'warmer' akan cepat kekeringan dan mengelupas..untuk mengelakkan itu terjadi, setiap hari losyen dan minyak bayi perlu disapu..
waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya ke atas rahmatNYA. walaupun dilahirkan sedikit kecil berbanding abang dan kakaknya, namun Luqman tidak mengalami sebarang kecacatan sebagaimana kebanyakan bayi yang berada di dalam wad tersebut. ada yang tak cukup jari, ada yang berkepala besar dan bekas pembedahan kelihatan memerah di kepala botak bayi tersebut. ada yang bermasalah ketumbuhan yang besar di perut..ada juga yang tidak mampu bernafas sendiri.... saya menangis setiap kali melihat tangannya tersentak setiap kali terperanjat, tangisannya yang tidak berbunyi kerana wayar yg dimasukkan melalui anak tekaknya tidak memungkinkan suara keluar...waktu itu, hanya Tuhan yang tahu betapa saya ingin memeluk dan memberitahu bahawa saya terlalu sayangkan dia..dan dia kena kuat untuk terus hidup.
.jpg)
Alhamdulillah, selepas 13 hari di dalam wad, pihak hospital menelefon suami memaklumkan bahawa buah hati kami sudah boleh pulang ke rumah. Pada tika itu, pelbagai perasaan muncul serentak. Gembira dan tak sabar untuk memeluknya, takut, risau/bimbang/gementar memegangnya kerana dia terlalu kecil. namun suami meyakinkan bahawa saya boleh memeliharanya sebagaimana anak2 kami terdahulu.
Ketika itu bermulalah episod berjaga malam saya..kerana luqman premature, kuning yang dialami lmbt hilang dan saya pada tika itu tidak boleh makan sebarang ubat jamu. hasilnya saya diserang angin satu badan. Puas jugak la pegi berurut...dan masa tu lah saya baru tau yang orang dalam pantang memang tak boleh makan pulut.
Kelahiran Tak Terjangka
Alhamdulillah...akhirnya saya berkesempatan menulis (menaip sebenarnya) di celah celah kesibukan kerja harian..penuhnya jadual harian Dekan, bermakna penuh jugak la jadual Pembantu Khas dia..dengan seminar/bengkel dan mesyuarat tak habis habis..
semua orang berkejar nak buat semua program sebelum semester baru bermula..(14/12/09)..jadi banyak sangat aktiviti yang 'clash'.
hmm lepas naik cuti bersalin nie rasa macam porak peranda sikit..kesibukan menguruskan sekolah si abang, tengahari menjengah si kecik..lepas tu menghantar pulak si abang dan kakak ke kelas Fardhu Ain membuatkan kaki macam nak tercabut..mujur tak de skru..kalau tak dah tercabut skru skru tu agaknya..

sebenarnya motif utama saya menaip hari ini ialah untuk berkongsi sedikit cerita kelahiran bayi ke-4 saya yang cukup istimewa..MUHAMMAD LUQMAN HAKIM..yang sepatutnya dijangka lahir pada 4 Oktober 2009...tetapi lahir pada 15 Ogos 2009. Pada malam rabu 12/8, sebenarnya dah terasa pelik kerana ada cecair keluar sebaik saya terbatuk atau terbersin. mulanya saya sangkakan ini perkara biasa jadi saya buat selamba kerana keesokan hari saya terpaksa mengendalikan urusan kursus staf akademik ke Melaka. Kesemua staf pejabat saya sudah ke melaka pada hari Rabu lagi..cuma tinggal saya di pejabat kerana boss kesiankan saya yang sudah sarat.
Pada Jumaat malam, suami mengajak ke Tapak Pesta Konvokesyen..bawa anak berjalan-jalan...kepenatan malam tu membuatkan tidur saya begitu nyenyak. deringan telefon jam 2 pagi dari kakak yang ingin meminjam kereta kerana keretanya rosak di pandu oleh adik bungsu membuatkan saya terjaga. Dan selepas itu saya kerap bangun kerana 'ada sesuatu' mengalir tak berhenti-henti.
Keesokan pagi, sepatutnya saya bertugas di Konvokesyen UTM yang Ke-43..tapi disebabkan ketidakselesaan yg dialami, saya mengajak suami ke Klinik Perbidanan Perdana dahulu, tempat yang telah dibooking oleh suami untuk keselesaan saya bersalin. Tapi Doktor kata mereka tidak menerima kelahiran pramatang. Saya seakan mahu menangis mengenangkan bahawa saya akan bersalin. Pelbagai kelengkapan masih belum dibeli kerana masih ada 2 bulan lagi tarikh saya dijangka bersalin. Lagipun momokan dari orang yang terdahulu mengatakan kalau baby 7 bulan boleh survive, 8 bulan selalunya tak akan survive. Usia kandungan saya pula baru 32 minggu, iaitu baru masuk 8 bulan.
Sebaik sahaja Dr. melakukan pemeriksaan, memang sah, berlaku kebocoran air ketuban berdekatan jantung saya. tanpa berlengah, Dr. memberi suntikan mematangkan paru-paru baby kerana kemungkinan saya akan bersalin awal. Dr. tersebut juga mengarahkan saya ke Hospital Sultanah Aminah secepat mungkin. Selepas disuntik (yang sakitnya tak terkata), saya dan suami menghantar anak ke rumah baby sitter..
Masuk ke HSA membuatkan jantung saya berdegup kencang..sewaktu di bilik saringan juga tekanan darah saya naik. Kata-kata doktor bahawa bayi pramatang akan mengalami pelbagai kesukaran membuatkan saya terlalu sedih. Bimbangkan masa depan si bayi..sempurna kah dia...cacat kah dia..cukup tak anggota..doktor pula mengingatkan bahawa saya perlu menahan sakit sehingga malam untuk diberi suntikan kali ke-2 untuk mematangkan paru-paru baby.
Masuk je wad, contraction mula berlaku. sakitnya..hanya Allah yang tahu..tapi saya terpaksa tahan mengenangkan paru-paru baby yg masih belum matang, saya perlu menerima satu lagi suntikan. Tak sempat menerima suntikan ke-2, kesakitan yang saya alami serasa tidak tertanggung lagi. rupa-rupanya 'jalan bukaan pintu rahim' sudah buka sepenuhnya..jururawat bergegas menghantar saya ke Labor room..sebaik mencecah katil di Labor room, saya meneran sekuat hati dan sekali teran, jam 6.07 petang, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.85 kg.
malangnya saya tidak dapat mengucup baby tersebut kerana sebaik dilahirkan, dia dimasukkan ke dalam inkubator untuk di hantar ke wad penjagaan kanak-kanak.
Tuesday, August 4, 2009
Menghitung Hari
Menghitung Hari...
Detik Demi Detik...
ish ish ish...diam tak diam da 30 minggu aku pregnant...
da rasa tak larat pon ada nie...
mujurla baru 29 taun..kalau da umo 39 agaknya cm ner la ek...hish, dah la...cukup la 4 orang nie...besarkan dulu..bagi manja puas puas 4 orang anak mama nie..kesian..ramai sangat mama tak terbela..tak mampu nak beri perhatian kat semua...kalaula mama orang kaya...upah bibik sorang..pastu mama tak yah keje..keje umah sume bibik buat..keje mama jaga anak-anak n masak jer..kan best..
hmm, berangan jer la..
apapun syukur ya Allah...aku masih diberi kekuatan untuk membesarkan khalifah-khalifah kecilmu ini...Kau panjangkan lah usiaku agar dapat mendidik dan membesarkan tanggungjawab pemberianMu ini ...
Detik Demi Detik...
ish ish ish...diam tak diam da 30 minggu aku pregnant...
da rasa tak larat pon ada nie...
mujurla baru 29 taun..kalau da umo 39 agaknya cm ner la ek...hish, dah la...cukup la 4 orang nie...besarkan dulu..bagi manja puas puas 4 orang anak mama nie..kesian..ramai sangat mama tak terbela..tak mampu nak beri perhatian kat semua...kalaula mama orang kaya...upah bibik sorang..pastu mama tak yah keje..keje umah sume bibik buat..keje mama jaga anak-anak n masak jer..kan best..
hmm, berangan jer la..
apapun syukur ya Allah...aku masih diberi kekuatan untuk membesarkan khalifah-khalifah kecilmu ini...Kau panjangkan lah usiaku agar dapat mendidik dan membesarkan tanggungjawab pemberianMu ini ...
Subscribe to:
Posts (Atom)